Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    ‘Lupa tarikh tutup, Aina terlepas’

    Gara-gara terlepas pandang tarikh tutup pencalonan Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23, Aina Abdul yang dilihat antara komposer aktif mencipta lagu, tidak dapat menghantar karyanya bersaing pada acara berkenaan.

    Pihak pengurusan penyanyi vokal mantap itu mengaku terlupa tarikh tutup pencalonan AIM 23 iaitu pada 5 Ogos lalu, mengakibatkan Aina terlepas peluang bersaing di pentas AIM yang cukup dinantikan penggiat muzik tanah air.

    Lagu ciptaan Aina yang terlepas daripada pencalonan AIM 23 adalah Terus Hidup, Fool dan Sepi yang semuanya diterbitkan sendiri, bukan melalui syarikat rakaman.

    Bagaimanapun, bagi projek single dinaungi syarikat rakaman, Universal Music, label berkenaan mengemukakan lagu Nada Kalbu yang menjadi runut bunyi drama Masih Ada Rindu bersaing pada AIM 23.

    Lagu Nada Kalbu terpilih Top 5 dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) yang menyaksikan Aina berentap dengan Ernie Zakri, Marsha Milan, Idayu dan Vaneesa Reynauld.

    Pengurus Aina, Zizi Hadid kecewa Aina terlepas peluang bertanding di AIM 23 mengambil kira faktor sepatutnya karya ciptaan penyanyi terbabit mendapat peluang bersaing di pentas acara anugerah itu buat kali pertama.

    Bagaimanapun, akibat terlalu sibuk, Zizi mengaku terlupa sehinggalah Aina bertanya mengenainya.

    “Kami sibuk hingga terlepas pandang. Apabila Aina tanya, barulah saya teringat belum hantar karya Aina kepada penganjur.

    “Saya hubungi penganjur sehari selepas tarikh tutup untuk merayu agar beri peluang kepada Aina.

    “Namun, kami pasrah apabila penganjur tidak terima. Lagipun, ini memang kesilapan kami,” katanya.

    Kekecewaan Aina bagaimanapun sedikit terubat apabila dia dilamar pengarah filem terkemuka Indonesia, Hanung Bramantyo untuk mendendangkan runut bunyi dua filem baharunya, kelak. – Agensi

    Aina Abdul terlepas pandang tarikh tutup pencalonan Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...