Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Mahkamah Tinggi batal sabitan kes pencurian

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Majistret pada 21 Mac lalu telah memohon Mahkamah Tinggi menyemak keputusan setelah mendapati pertuduhan dalam kes itu defektif.

    Mahkamah Tinggi membatalkan sabitan dan menangguhkan kes untuk urusan yang perlu diuruskan oleh Mahkamah Majistret.

    Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong meneliti kes terhadap Md Ariffin bin Abdul Rahman yang didakwa atas tuduhan mencuri di sebuah kediaman.

    Kemudian, pendakwa perbicaraan Syazwani Jumat, yang juga mewakili pendakwa raya dalam semakan itu, menarik balik pertuduhan mencuri dan mengemukakan dua pertuduhan menceroboh rumah dan mengambil methylamphetamine terhadap defendan.

    Defendan mengaku bersalah terhadap pertuduhan menceroboh rumah dan menafikan pertuduhan pengambilan dadah.

    Pada ketika ini, majistret mendapati bahawa pertuduhan menceroboh rumah yang dikemukakan oleh pendakwa, diakui oleh defendan dan membawa kepada sabitan, tidak menyatakan kesalahan yang ingin dilakukan oleh defendan ketika memasuki kediaman itu.

    Ketua Hakim Negara juga mendapati sabitan itu tidak mampan atas dua sebab.

    Mahkamah mendapati bahawa pertuduhan itu defektif kerana peninggalan dan pertuduhan menceroboh rumah dengan niat untuk melakukan pencurian terletak di luar bidang kuasa Mahkamah Majistret.

    Pendakwa Syazwani Jumat juga memaklumkan Ketua Hakim Negara bahawa beliau akan memohon untuk menarik balik pertuduhan di bawah Seksyen 451 dan menggantikannya dengan pertuduhan yang lebih ringan iaitu pencerobohan rumah di bawah Seksyen 448 Kanun Hukuman Jenayah yang membawa kes itu dalam bidang kuasa Mahkamah Majistret.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi perisik Seoul beri amaran kepada Korea Utara

    SEOUL, 3 MEI - Agensi perisik Korea Selatan berkata hari ini bahawa Pyongyang sedang merancang serangan pengganas yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di...