Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Majlis tadarus terus semarak Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi & Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Majlis Bertadarus Malam-malam Bulan Ramadan bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi diadakan bagi malam keenam di Surau, Istana Nurul Iman, di sini, hari ini.
     
    Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.
     
    Hadir sama ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; dan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin.
     
    Turut hadir ialah pemerintah-pemerintah angkatan tentera, pemangku pemerintah angkatan bersama ABDB, pengarah-pengarah tentera, pegawai-pegawai kanan dan anggota dari Kementerian Pertahanan.
     
    Sementara itu, Jawatankuasa Wanita Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) dengan sokongan padu ahli-ahli Jawatan-kuasa Tertinggi PGGMB menjadi tuan rumah bagi Majlis Tadarus PGGMB yang berlangsung di Bangunan PGGMB di sini, hari ini.
     
    Majlis merupakan kesinambungan kepada majlis tadarus yang bermula dengan majlis pembukaan pada hari pertama Ramadan yang dianjurkan oleh Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD).
     
    Pada majlis itu, Naib Yang Di-Pertua I MWNBD, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah.
     
    Pengarah Wanita PGGMB sesi 2023-2024, Pengiran Hajah Rakiah binti Pengiran Haji Abu Bakar dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan, penglibatan AJK Wanita PGGMB dalam pengendalian acara keagamaan bukan hanya tertumpu kepada aktiviti yang dianjurkan oleh PGGMB sendiri, tapi ia juga membantu MWNBD untuk mengungkayahkan berbagai-bagai aktiviti sepanjang tahun selaku Jawatankuasa Bahagian Keagamaan.
     
    Katanya lagi, majlis tadarus pada bulan Ramadan berkenaan akan diteruskan lagi oleh beberapa persatuan di bawah payung MWNBD dan akan ditutup dengan Majlis Khatam Al-Quran yang akan dijadualkan pada 31 Mac.
     
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi hadir pada Majlis Bertadarus Malam-malam Bulan Ramadan bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi di Surau Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara wakil persatuan di bawah payung MWNBD yang menghadiri Majlis Tadarus PGGMB selaku tuan rumah, kelmarin. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi perisik Seoul beri amaran kepada Korea Utara

    SEOUL, 3 MEI - Agensi perisik Korea Selatan berkata hari ini bahawa Pyongyang sedang merancang serangan pengganas yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di...