Tuesday, May 7, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Mbappe yakin PSG kekal bersatu

    PARIS, 11 MAC – Penyerang Perancis Kylian Mbappe menegaskan pemain Paris Saint Germain (PSG) akan ‘kekal bersatu sehingga perlawanan akhir musim ini’ walaupun sekali lagi tersingkir di Liga Juara-Juara.

    Buat kali keempat dalam enam musim PSG tersingkir dalam pusingan 16 terakhir, selepas tunduk kepada juara Eropah 13 kali Real Madrid semalam di Sepanyol.

    PSG mendahului 2-0 secara agregat selepas jaringan Mbappe pada minit ke-39, pemain yang pernah menjulang Piala Dunia itu turut menjaringkan gol tunggal pada perlawanan pertama.

    Selepas sejam kelab Paris itu kelihatan yakin untuk layak ke peringkat lapan terakhir, tetapi Karim Benzema mengubah kedudukannya dengan tiga gol dalam masa 17 minit untuk Real mencatat kemenangan 3-1 dan mara menerusi agregat 3-2.

    “Masa yang sukar. Liga Juara-Juara adalah matlamat besar untuk kami, tetapi kami gagal.

    “Musim ini belum berakhir dan apa pun yang berlaku kami akan kekal bersatu dan berazam sehingga perlawanan terakhir musim ini.

    “Terima kasih kepada peminat yang menyokong kami dan yang sedang melakukan perjalanan,” kata Mbappe dalam Instagram.

    Sementara itu, Mbappe tidak memberikan petunjuk mengenai rancangan masa depannya, subjek yang menjadi spekulasi hangat dalam beberapa bulan ini.

    Kontrak bekas pemain Monaco itu, direkrut pada 2017 dengan harga 180 juta euro, mansuh pada akhir musim, yang membenarkan kelab merekrutnya berdasarkan pemindahan bebas. – AFP

    Aksi Kylian Mbappe meraikan jaringan gol pertama pasukannya semasa perlawanan di antara Real Madrid dan Paris Saint-Germain di stadium Santiago Bernabeu baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...