Tuesday, April 30, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Mengambil kesempatan dalam kesempitan

    Semasa cuti sekolah baru-baru ini, saya pergi ke kedai alat tulis untuk membeli barangan persiapan sekolah.

    Seperti biasa, saya akan memberikan kebebasan kepada anak-anak saya untuk mengambil barang-barang persekolahan yang difikirkan mereka perlu dan meletakkannya di dalam bakul masing-masing.

    Sebelum beratur di kaunter pembayaran, saya akan menilai dan meneliti setiap barangan tersebut terlebih dahulu. Jadi, di sini, saya sudah peka dan sedar kira-kira berapa ringgit yang perlu saya belanjakan.

    Apabila tiba giliran saya untuk membuat pembayaran, saya terkejut kerana jumlah yang perlu saya bayar jauh melebihi jumlah yang saya anggarkan pada mulanya. Saya lantas meminta juruwang tersebut supaya mengira semula jumlah pembelian saya.

    Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati terdapat barangan yang saya tidak ambil, tetapi terdapat dalam rekod bil juruwang. Pada pendapat saya, ini merupakan satu kesalahan yang dilakukan secara halus. Apabila saya menggertak dia, barulah juruwang tersebut mengaku yang dia tersalah ‘scan’ barang di kaunter.

    Jika saya tidak peka dengan pembelian saya tadi dan jika saya tidak menghiraukan berapa tanda harga pada barangan tersebut berbanding berapa harga yang sebenarnya saya perlu bayar, maka, pihak kedai alat tulis tersebut pasti telah mengaut ‘keuntungan’ secara haram.

    Namun persoalannya di sini, adakah perkara ini disengajakan? Adakah ia merupakan taktik kotor untuk mencari keuntungan tambahan tatkala dunia sedang mengalami kenaikan harga barangan? Jika ya, perkara sedemikian tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan undang-undang daripada pihak berwajib!

    Bapa keliru

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...