Tuesday, May 7, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Mesir gantung aktiviti belon udara panas

    KAHERAH, 19 JULAI – Pihak berkuasa Mesir telah menggantung operasi belon udara panas di bandar purba Luxor selepas dua pelancong mengalami kecederaan ringan semasa menaiki belon itu kelmarin.

    Menurut kenyataan daripada Kementerian Penerbangan Awam, belon udara panas dengan 28 pelancong melayang jauh dari laluannya tetapi akhirnya berjaya mendarat. Dua pelancong yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, katanya.

    Dalam kenyataan itu tidak mengatakan bagaimana kecederaan itu berlaku atau penjelasan lebih lanjut mengenai kewarganegaraan pelancong-pelancong tersebut.

    Ia hanya berkata belon itu berada di ketinggian 60 meter apabila ia melayang jauh dari laluannya.

    Kementerian berkata aktiviti belon udara panas tidak akan diteruskan sehingga siasatan selesai bagi mengenal pasti punca insiden itu.

    Gambar fail belon udara panas dilihat terbang di atas kuil Ramsis III, Luxor, Mesir. – AP

    Jurucakap untuk firma yang menjalankan penerbangan belon di Luxor, Abu Baker Ezzeldin berkata belon itu melayang dari laluannya kerana ada perubahan arah dan kelajuan angin.

    Beliau berkata dalam komen di televisyen kelmarin bahawa belon itu bertembung dengan belon yang lain sebelum mendarat dengan selamat.

    Melalui perkongsian imej dalam talian mengenai insiden itu menunjukkan belon mendarat dengan perlahan di kawasan lapang. Kemudian, pasukan penyelamat dilihat membantu pelancong untuk keluar dari belon itu.

    Selain itu, kedengaran suara lelaki menjerit meminta bantuan ambulans.

    Aktiviti menaiki belon udara panas di Luxor, berada 510 kilometer dari selatan Kaherah, adalah aktiviti terkenal yang ditawarkan kepada pelancong untuk melihat pemandangan indah kuil-kuil purba.

    Walau bagaimanapun, kemalangan belon itu jarang sekali berlaku. Kemalangan belon udara panas berdekatan Luxor pada 2013 meragut 19 nyawa pelancong, berkemungkinan kemalangan maut yang teruk pernah direkodkan.

    Pada 2009, 16 pelancong mengalami kecederaan ketika belon mereka merempuh menara pemancaran telefon bimbit. Setahun lebih awal daripada itu, tujuh pelancong tercedera dalam kemalangan yang sama. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...