Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Goretzka terlepas aksi awal musim

    BERLIN, 19 JULAI – Pemain tengah Bayern Munich, Leon Goretzka akan terlepas permulaan musim baharu Bundesliga selepas kelabnya mengumumkan kelmarin bahawa dia akan diketepikan selama beberapa minggu selepas menjalani pembedahan lutut kiri.

    Bayern dalam pada itu tidak menyatakan tempoh ketiadaannya secara spesifik tetapi menurut Sky, ia mungkin ‘antara enam hingga lapan minggu’. Tempoh berkenaan secara tidak langsung juga akan mengetepikan pemain antarabangsa Jerman berusia 27 tahun itu daripada persaingan untuk pembukaan musim di Frankfurt pada 5 Ogos nanti.

    “Unit perubatan FC Bayern mendiagnosis kelainan pada lutut kiri pemain antarabangsa Jerman itu, yang dirawat secara arthroscopic hari ini. Pembedahan berjalan mengikut perancangan dan berjaya disiapkan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

    Selepas menjadikan dirinya sebagai pemain utama di bahagian tengah Bayern, Goretzka juga terpaksa terlepas beberapa bulan musim lalu disebabkan masalah lutut. Bayern telah pun menandatangani Ryan Gravenberch dari Ajax sebagai pengganti. Menurut media Jerman, kelab itu juga bakal memperkuatkan bahagian tengah dengan membawa masuk Konrad Laimer dari RB Leipzig.

    Bayern kini berada di Amerika Syarikat di mana mereka akan menentang DC United pada Rabu diikuti Manchester City pada Sabtu ini. – AFP

    Leon Goretzka dilaporkan akan terlepas perlawanan pertama Bundesliga selepas menjalani pembedahan lutut kiri. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...