Monday, May 6, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    M’sia, Turkiye setuju pastikan rantaian makanan stabil

    ANKARA, 7 JULAI – Malaysia dan Turkiye hari ini bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi serta stabil.

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau dan Presiden Recep Tayyip Erdogan sependapat bahawa isu keselamatan makanan kian meruncing akibat pandemik COVID-19.

    “Malah kini menjadi semakin kritikal ekoran konflik Rusia-Ukraine,” katanya pada sidang media bersama Presiden Turkiye itu di Kompleks Presiden di sini hari ini, yang turut disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen Turkiye dan Malaysia termasuk Bernama TV.

    Menurut Ismail Sabri, yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke republik itu atas jemputan Erdogan, antara langkah segera bagi mendepani isu ini yang diambil Malaysia dan Turkiye ialah untuk meningkatkan perdagangan produk makanan, dan akan terus menjalinkan kerjasama yang meliputi perkongsian maklumat serta pengalaman.

    Kedua-dua negara Islam itu juga sependapat berhubung sokongan berterusan kepada perjuangan Palestin, kata Ismail Sabri sambil menambah Malaysia menghargai pendirian dan usaha Turkiye dalam membela rakyat Palestin.

    “Kedua-dua negara bersama negara yang berfikiran serupa akan terus menyelaras usaha ke arah menamatkan pendudukan rejim Zionis dan merealisasikan Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat,” katanya. – Bernama

    Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan ketika mengadakan sidang media di Kompleks Presiden. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...