Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Taliban gali kereta milik bekas pengasas

    KANDAHAR, AFGHANISTAN, 7 JULAI – Kereta yang digunakan oleh pengasas Taliban, Mullah Omar untuk melarikan diri daripada sasaran pasukan Amerika Syarikat (AS) selepas serangan 9/11 telah digali di timur Afghanistan, di mana ia terkubur lebih dua dekad, kata pegawai.

    Kereta putih jenis salon itu dikuburkan dalam sebuah kebun kampung di wilayah Zabul oleh bekas pegawai Taliban, Abdul Jabbar Omari, yang mengarahkannya untuk digali minggu ini.

    “Ia masih dalam keadaan baik, hanya bonet depannya rosak,” kata Rahmatullah Hammad, pengarah penerangan dan kebudayaan wilayah Zabul memberitahu AFP.

    Taliban mahu kereta itu dipamerkan di muzium negara bandar itu sebagai ‘monumen bersejarah yang hebat,” tambah Hammad. – AFP

    Anggota Taliban menggali sebuah kereta yang digunakan oleh pengasas Taliban, Mullah Omar untuk melarikan diri daripada sasaran AS. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekolah ditutup di Manipur, India susulan hujan lebat

    NEW DELHI, 6 MEI - Semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan kolej akan kekal ditutup di negeri Manipur, timur laut India sehingga esok berikutan...