Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Ibadah haji pasca pandemik kini bermula

    KUALA LUMPUR, 7 JULAI – Musim ibadah haji tahun ini telah bermula secara rasmi kelmarin selepas dua tahun dihentikan akibat penularan wabak COVID, menyaksikan ratusan ribu jemaah haji mula melakukan ‘Tawaf Qudum’ mengelilingi Kaabah sebelum ke Mina.

    Segala persiapan telah dijalankan pelbagai pihak untuk menyambut ketibaan jemaah haji di Mina sejak kelmarin, mengikut sistem operasi keselamatan yang ditetapkan Arab Saudi demi memberi perkhidmatan terbaik bagi tetamu Allah SWT.

    Menurut laporan agensi berita Arab Saudi (SPA), Kementerian Haji dan Umrah telah membuat perancangan operasi bagi musim haji tahun ini sejak tahun lalu dan bekerjasama dengan pelbagai sektor dalam menyediakan perkhidmatan bagi jemaah, antaranya meletakkan pelan lalu lintas dan kekerapan pengangkutan.

    Kementerian tersebut juga menyediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan kepada jemaah haji melalui empat hospital dan 26 pusat kesihatan di Mina, antaranya hospital kecemasan berkapasiti 190 katil, Hospital Mina Al Jaser sebanyak 150 katil, Hospital Mina Al-Wadi (160 katil), dan Hospital Mina New Street (50 katil), dan juga perkhidmatan pengangkutan ambulan sebanyak 100 buah ambulan kecil dan 75 buah ambulan besar.

    Sektor kesihatan juga membantu 97 pusat ambulan milik pihak berkuasa Bulan Sabit Merah Saudi dengan menyediakan 320 buah ambulan, enam ambulan udara, sembilan motosikal, dan empat kereta golf, termasuk empat kenderaan membawa bekalan perubatan dan 16 kenderaan kecemasan yang akan dikendalikan oleh 1288 kakitangan perubatan. – Bernama

    Jemaah haji tiba di tempat perkhemahan mereka di Mina, Mekah. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...