Tuesday, May 7, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Myanmar lanjutkan gencatan senjata

    YANGON, 1 MAC – Tentera Myanmar melanjutkan perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik sehingga akhir tahun ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Panglima Perkhidmatan Pertahanan pada Isnin.

    Perjanjian gencatan senjata di seluruh negara dimulakan pada Oktober 2015.

    Tentera melanjutkan gencatan senjata untuk meningkatkan proses keamanan di negara itu dan bagi membolehkan usaha berkesan memerangi COVID-19 di seluruh negara, kata kenyataan itu, lapor Xinhua.

    Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara dan Ketua Komander Angkatan Tentera, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing sebelum ini mengumumkan keputusan itu semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen di Nay Pyi Taw pada Januari.

    Menurut kenyataan itu, dari 21 Dis 2018 hingga 28 Feb tahun ini, tentera telah mengumumkan penggantungan operasi ketenteraan sebanyak 20 kali.

    Myanmar mengisytiharkan darurat selepas Presiden U Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi, bersama-sama pegawai lain dari Liga Demokratik Kebangsaan ditahan oleh tentera pada 1 Feb 2021.

    Kuasa negara dipindahkan kepada Min Aung Hlaing selepas pengisytiharan darurat.- Bernama

    Aung San Suu Kyi yang telah ditahan oleh tentera sejak Februari 2021. Tentera Myanmar telah melanjutkan perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik sehingga akhir tahun ini.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...