Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Banjir: Penduduk terpaksa tinggalkan rumah

    GRAFTON, AUSTRALIA, 1 MAC – Banjir besar melanda pantai timur Australia hari ini, menyebabkan ramai yang terkandas di jambatan dan bumbung rumah dan memaksa puluhan ribu orang meninggalkan rumah mereka.

    Puluhan amaran kecemasan berkuat kuasa di seluruh wilayah Queensland dan New South Wales, di mana ‘bom hujan’ sepanjang minggu menurunkan air setinggi satu meter di beberapa kawasan.

    Sekurang-kurangnya sembilan orang terkorban dan lebih 1,000 orang telah diselamatkan. Pihak berkuasa memberi amarann jumlah korban berkemungkinan meningkat.

    Mangsa terkini adalah seorang wanita berusian 80an di mana mayatnya ditemui oleh polis dalam sebuah kediaman di Lismore.

    “Mangsa masih belum dikenalspasti,” kata polis New South Wales. Tentera Australia telah mengerahkan dua buah helikopter MRH-90 Taipan untuk membantu usaha menyelamat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...