Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    New Mexico bina jambatan hidupan liar pertama

    NEW MEXICO, 24 MAC – Pihak berkuasa New Mexico bersetuju untuk membina jambatan haiwan pertama negara itu untuk kucing hutan, beruang matahari, kambing gunung dan haiwan besar serta kecil lain sekali gus menyediakan $100 juta untuk projek pemuliharaan, di bawah dua rang undang-undang yang ditandatangani oleh Gabenor Michelle Lujan Grisham kelmarin.

    Jambatan haiwan pertama ini kemungkinan akan merentasi sebuah jalan raya negeri yang melintasi kawasan padang pasir terpencil dan tanah Orang Asli Navajo, Jicarilla Apache Nation, dan beberapa komuniti Pueblo, termasuk kawasan berbahaya yang selalu terjadi perlanggaran anatara haiwan dan kereta di utara Cuba, New Mexico.

    Beberapa ratus haiwan besar, terutamanya rusa, terbunuh di negeri itu setiap tahun oleh perlanggaran yang juga boleh merosakkan kereta dan membahayakan manusia.

    Negeri itu menganggarkan kerosakan harta AS$20 juta setahun dari kemalangan seperti itu, manakala jalan yang tidak sempurna juga memecahkan habitat untuk spesies yang dipantau seperti kura-kura ornate box dan whitenosed coati.

    Kematian baru-baru ini termasuk seekor kucing gunung yang berumur kira-kira 4 tahun dilanggar dan terbunuh di Santa Ana Pueblo. – AP

    ATAS & BAWAH: Laluan lintas antara negeri di bawah jambatan hidupan liar yang sedang dalam pembinaan di Snoqualmie Pass, Washington pada 4 Oktober 2018. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...