Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Rybakina mara pusingan ketiga Terbuka miami

    MIAMI GARDENS, AMERIKA SYARIKAT, 24 MAC – Juara Wimbledon, Elena Rybakina terselamat daripada kebangkitan Anna Kalinskaya di Terbuka Miami semalam, dan seterusnya mara ke pusingan ketiga dengan kemenangan 7-5, 4-6, 6-3.

    Pemain Amerika, Jessica Pegula dan Coco Gauff mara dengan mudah, meraih kemenangan straight set di Stadium Hard Rock.

    Rybakina menyasarkan Sunshine Double selepas menewaskan Aryna Sabalenka untuk memenangi perlawanan akhir Indian Wells minggu lalu dan dia memasuki perlawanan itu di sebalik kemenangan dalam setiap lapan perlawanan terakhir yang disertainya.

    Kalinskaya gagal pada awal set pertama dan juga gagal mengekalkan servis dengan kedudukan 5-4 dan lawannya dari Kazakhstan berjaya mematahkan mata penamat untuk menguasai set itu.

    Walaupun Kalinskaya berjaya mematahkan servis lawannya pada permulaan set pertama, Rybakina mampu membalas dengan memenangi set pertama.

    Selepas mendapat rawatan perubatan di antara set, Kalinskaya berjaya memenangi set kedua dengan keputusan 6-4 dan memaksa perlawanan memasuki set penentu.

    Perlawanan menjadi sengit sehingga Rybakina gagal dalam permainan keenam.Kalinskaya melakukan terlalu banyak usaha tetapi ketabahan pemain Rusia itu terbukti sekali lagi apabila dia membalas dengan pematah servisnya sendiri.

    Rybakina berjaya memenangi set penentu dengan keputusan 6-3 dan akan bertemu dengan pemain dari Sepanyol, Paula Badosa dalam perlawanan seterusnya. – AFP

    Elena Rybakina semasa perlawanan separuh akhir di kejohanan tenis Terbuka BNP Paribas. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...