Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Palestin tetap tegas tentang penjajahan Israel

    GAZA, PALESTIN, 5 DIS – Presiden Palestin Mahmud Abbas semalam berikrar untuk kekal teguh menentang penjajahan Israel yang berlanjutan selama beberapa dekad.

    Dalam ucapannya menerusi siaran televisyen di bandar Ramallah, Tebing Barat, Abbas berkata pencerobohan Israel akan ditentang dengan kaedah meluaskan penentangan secara aman termasuk tindakan di peringkat antarabangsa, lapor agensi Anadolu.

    “Rakyat Palestin tidak akan menyerah dan akan tetap teguh menentang pendudukan Israel,” katanya.

    Pihak Berkuasa Palestin akan meneruskan usaha di peringkat antarabangsa ‘untuk memaksa Israel menamatkan pendudukan dan menghentikan pencerobohannya,’ dan meminta Israel bertanggungjawab atas pencabulannya terhadap Palestin, katanya. – Bernama

    Presiden Mahmud Abbas (kanan) berjabat tangan dengan Presiden Latvia Egils Levits di bandar Ramallah, Tebing Barat pada 30 November 2022. Abbas semalam berikrar untuk kekal teguh menentang penjajahan Israel yang berlanjutan selama beberapa dekad. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi perisik Seoul beri amaran kepada Korea Utara

    SEOUL, 3 MEI - Agensi perisik Korea Selatan berkata hari ini bahawa Pyongyang sedang merancang serangan pengganas yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di...