Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Pelanggan bertuah StanChart menang 1 juta Royal Skies Miles

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Lee Fui Fun telah diumumkan sebagai pemenang utama Promosi A Million Miles anjuran Bank Standard Chartered (StanChart) sekali gus membawa pulang satu juta Royal Skies Miles, hari ini.

    Sementara itu, enam orang pemenang bulanan (Mac hingga April) turut dijemput ke majlis penyampaian hadiah berkenaan untuk menerima baucar Syarikat Penerbangan Diraja Brunei bernilai $500 setiap seorang.

    Pemenang hadiah bulanan termasuk Lim Khen Yang, Erbert, Chan Chin Yuk, Balendran Balasingam, Shirley Tan Chai Leen, Alain Moonen, dan Bryan John Keasberry.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank StanChart, promosi tersebut telah berjalan dari awal Januari hingga penghujung April lalu, di mana pemegang kad kredit boleh mengumpul perbelanjaan kad mereka untuk memperoleh peluang memenangi Royal Skies Miles dan hadiah bulanan.

    Semua pemegang kad kredit bank itu yang membelanjakan jumlah minimum setiap bulan diberikan satu peluang cabutan bertuah dan boleh meningkatkan peluang apabila berbelanja di perniagaan tempatan, rakan kongsi The Good Life (TGL) bank tersebut serta peniaga dalam talian dan luar negara.

    Selain itu, bagi pemohon kad kredit baharu, mereka diberikan bagasi American Tourister apabila mereka mengaktifkan kad dalam bulan pertama dengan perbelanjaan minimum.

    Gambar ramai pemenang utama bersama beberapa pemenang bulanan. – Gambar serahan StanChart
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...