Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    UMS hargai peruntukan RM3 juta atasi masalah air

    KOTA KINABALU, 2 JUN – Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menggunakan peruntukan RM3 juta, seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lepas dalam mengatasi masalah bekalan air di universiti itu, bagi melaksanakan
    projek penggerudian air bawah tanah dan pusat rawatan air.

    Menghargai keprihatinan Perdana Menteri dalam isu itu, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata masalah air di universiti tersebut sejak beberapa bulan ini membelenggu kesejahteraan hidup warga kampus terutama mahasiswa dan mahasiswi.

    “Pihak UMS amat berbesar hati dan sangat gembira dengan peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri berikutan masalah air yang meruncing di universiti ini.

    “Perdana Menteri peka mengenai masalah air, elektrik dan keadaan jalan raya yang daif yang dihadapi rakyat Sabah,” katanya melalui kenyataan di sini hari ini.

    Kasim berkata rancangan Kerajaan Perpaduan mewujudkan negara MADANI perlu melibatkan semua lapisan masyarakat dari setiap wilayah dan suku kaum agar mereka berasa bahawa mereka juga sebahagian daripada penduduk Malaysia tanpa rasa terpinggir.

    “Para pemimpin perlu menyantuni dan memberi keadilan supaya pembangunan serta pembelaan itu lebih adil dan dirasai semua pihak,” katanya.

    Anwar yang mengumumkan perkara itu dalam program Temu Anwar di universiti berkenaan berkata meskipun negara berdepan dengan keterhutangan sebanyak RM1.5 trillion, beliau tidak mahu mahasiswa UMS menghadapi kesukaran menjalani kehidupan ketika menimba ilmu. – Bernama

    Reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan pelajar pada Program Temu Anwar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 31 Mei lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...