Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan separuh jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TEMBURONG, 2 JUN – Separuh jalan di empat lokasi jambatan di daerah ini akan ditutup sementara bermula esok hingga 10 Jun dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

    Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengongsikan empat lokasi jambatan itu, jambatan dekat Balai Bomba Bangar, jambatan dekat Tapak Sejarah Perkuburan Lun Bawang, jambatan dekat Sekolah Menengah Sultan Hassan dan jambatan dekat Ladang Padi Perdayan.

    Penutupan tersebut adalah disebabkan kerja-kerja membubuh tanda jalan raya di jambatan berkenaan.

    Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan salah satu lokasi kerja-kerja membubuh tanda jalan raya. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...