Wednesday, May 22, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Pemimpin dunia gesa Israel elak balas serangan Iran

    NEW YORK, 15 APRIL – Pemimpin dunia sedang menggesa Israel supaya tidak bertindak balas selepas Iran melancarkan serangan yang membabitkan ratusan dron, peluru berpandu balistik dan peluru berpandu jelajah.

    Setiausaha Luar Britain, David Cameron memberitahu BBC hari ini bahawa UK tidak menyokong serangan balas, manakala Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata bahawa Paris akan cuba ‘meyakinkan Israel bahawa kita tidak boleh bertindak balas dengan meningkatkan ketegangan’.

    Serangan Iran pada Sabtu, kurang daripada dua minggu selepas serangan Israel di Syria yang membunuh dua jeneral Iran di sebuah bangunan konsular Iran, menandakan kali pertama Iran melancarkan serangan ketenteraan secara langsung ke atas Israel, walaupun bermusuhan selama puluhan tahun sejak zaman Revolusi Islam negara itu pada 1979.

    Jurucakap tentera Israel berkata bahawa 99 peratus daripada dron dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Iran telah dipintas. – AP

    Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Antonio Guterres berucap kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu semasa mesyuarat tergempar di ibu pejabat PBB kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...