Tuesday, May 7, 2024
24 C
Brunei

    -

    Peraturan baharu lebih ketat bagi parti politik Myanmar

    YANGON, 27 JAN – Junta Myanmar hari ini memberikan tempoh dua bulan kepada parti-parti politik untuk mendaftar semula di bawah undang-undang pilihan raya ketat yang dirangka oleh tentera, menandakan ia sedang merancang pilihan raya pada tahun ini.

    Pilihan raya sebelumnya pada November 2020 dimenangi oleh parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi yang digulingkan junta.

    Pemimpin junta, Min Aung Hlaing telah menegaskan bulan lalu bahawa junta akan mengadakan pilihan raya berbilang parti yang ‘bebas dan adil’, beberapa hari selepas mahkamah menambah hukuman penjara tokoh demokrasi Suu Kyi kepada 33 tahun.

    Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa sebarang pilihan raya di bawah junta adalah satu sandiwara. Moscow, sebagai rakan kongsi dan pembekal senjata utama, telah menyatakan sokongan terhadap rancangan pilihan raya itu.

    Beberapa parti daerah yang lebih kecil telah menunjukkan minat untuk bertanding, manakala parti Union Solidarity and Development yang disokong junta telah mengadakan acara di seluruh negara dalam beberapa minggu ini.

    Parti NLD pimpinan Suu Kyi bubar selepas rampasan kuasa junta, dengan beberapa pemimpin tertinggi termasuk Suu Kyi dikenakan hukuman penjara untuk tempoh yang panjang dan ramai lagi lari atau bersembunyi.

    Suruhanjaya pilihan raya yang dilantik junta sedang berbincang dengan parti-parti politik mengenai pembahagian perwakilan, menurut pemimpin junta bulan lalu. – AFP

    Gambar fail pemimpin junta, Min Aung Hlaing (tengah) semasa menghadiri majlis menjelang Tahun Baharu China di Yangon baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...