Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Permohonan visa prapelaburan dan pelancongan Indonesia kini secara dalam talian

    JAKARTA, 27 JAN – Warga asing kini boleh memohon visa pelawat Indonesia untuk prapelaburan dan pelancongan secara dalam talian.

    Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Silmy Karim, berkuat kuasa 26 Januari pemohon perlu melengkapkan keseluruhan proses permohonan berkaitan visa pelawat dan membuat pembayaran di molina.imigrasi.go.id.

    “Mereka boleh memohon visa pelawat untuk pelancongan dan prapelaburan tanpa penaja.

    Perkhidmatan ini dijangka menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan dan pelaburan.

    “Imigresen memudahkan ahli perniagaan global dan pelabur untuk meneroka dan menyemak potensi pelaburan di Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan.Silmy berkata mereka juga boleh melanjutkan visa elektronik semasa ketibaan (e-VOA) di laman sesawang melalui modul keluar masuk warga asing. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...