Wednesday, May 22, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    PERBEKAL semarak Syawal

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) tidak ketinggalan menyemarakkan bulan Syawal ini dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di salah sebuah restoran di Jalan Muara, kelmarin.

    Majlis dihadiri lebih 140 orang ahli persatuan bersama keluarga dan hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Dipertua PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud.

    Majlis diserikan beberapa aktiviti menarik termasuk uji minda, persembahan syair, nyanyian solo dan kumpulan serta cabutan bertuah.

    Turut hadir ialah Ketua Kampung Lambak B, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi selaku pengerusi berterusan dan Naib Yang Dipertua 2, Pengiran Abdul Aziz bin Pengiran Haji Mohd Tahir.

    Majlis sambutan yang diadakan setiap tahun itu merupakan aktiviti tetap PERBEKAL.

    Pengiran Haji Nordin dan ahli-ahli PERBEKAL bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz

    TABRIZ, 21 MEI - Perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi akan diadakan di bandar barat laut Tabriz hari ini sebelum jenazahnya dibawa ke Tehran,...