Tuesday, May 21, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    ARH adakan sambutan Hari Raya

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Abdul Razak Holding (ARH) pagi tadi mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya di Tingkat 4, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong yang dihadiri oleh lebih daripada 200 orang pegawai dan kakitangan di bawah syarikat berkenaan.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah ARH, Haji Suhaimie bin Haji Besar yang melahirkan rasa syukur atas segala rahmat dan nikmat yang telah diberikan kepada sebuah keluarga besar di mana syarikat berkenaan ditadbir oleh ahli keluarga bersama para kakitangannya.

    Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau berkata bahawa ARH telah memperkenalkan norma baharu dalam pentadbiran pada 2022 di mana syarikat itu telah mengemaskinikan sistem gaji mengikut kesesuaian jawatan masing-masing.

    Selanjutnya, pada awal 2023, satu lagi sistem baharu diperkenalkan bagi menilai prestasi pekerja yang dibuat oleh setiap ketua jabatan atau bahagian dan kemudian dihadapkan kepada pihak pentadbiran atasan untuk keputusan muktamad.

    Menurutnya, sistem yang lebih cekap dan telus itu diharapkan agar para pekerja akan dapat memahami dengan lebih jelas tentang kriteria dan proses kenaikan gaji tahunan.

    “Kami percaya perubahan ini adalah langkah yang penting sebagai pengiktirafan kepada komitmen para pekerja dan semoga kita sama-sama dapat mencapai kejayaan syarikat dan juga kejayaan peribadi,” ujarnya.

    Pegawai dan kakitangan ARH bergambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...