Monday, May 6, 2024
26.2 C
Brunei

    -

    Perlunya sokongan untuk peniaga tempatan

    Baru-baru ini saya berkesempatan untuk pergi ke Program Bandarku Ceria (BKC) bersama ahli keluarga buat pertama kali.

    Alhamdulillah saya tidak menyangka program tersebut begitu meriah dengan aktiviti riadah, berjaja dan beberapa tarikan menarik seperti penyewaan basikal, cosplay dan sebagainya.

    Memandangkan saya berada di ibu kota, saya turut berkesempatan mengelilingi beberapa buah bangunan di ibu kota dan mendapati kebanyakan pengusaha-pengusaha kedai di sana didominasi oleh orang asing. Sehubungan itu saya mula terfikir, mengapa penjaja tempatan kita lebih bayak berjaja berhujan dan berpanas semasa BKC?

    Jika ada yang mengatakan warga tempatan berjaja di BKC lebih kepada untuk suka-suka atau bagi menambah pendapatan daripada pekerjaan tetap, namun menurut saya tanggapan begitu tidak dapat diterima sepenuhnya, kerana sesetengah penjaja hanya mengharapkan berniaga sebagai sumber pendapatan dan terdiri daripada peniaga mikro yang berpotensi memiliki kedai mereka sendiri jika mendapat dorongan dan sokongan dari pihak relevan.

    Tidak dinafikan memulakan perniagaan dengan memiliki kedai meskipun kecil memerlukan kos yang tinggi berbanding berniaga secara terbuka di BKC, namun mengapa orang asing lebih berkemampuan membuka kedai sedangkan jualan mereka barang yang biasa dan rata-ratanya sama.

    Al

    Program BKC memberi peluang kepada orang ramai untuk menjalani gaya hidup sihat dan di samping itu juga inisiatif bagi para peniaga tempatan untuk mempamerkan barang jualan mereka.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...