Kejohanan Grand Prix Sibujaya Extreme Motocross Challenge yang diadakan pada 15 hingga 17 November lalu di trek motocross Sibujaya, Sarawak telah menyaksikan penyertaan lapan peserta negara yang tidak kurang hebatnya.
Peserta negara berjaya mendapat tempat pertama dalam tiga kategori yang berbeza iaitu Kategori Mx Veteran, Mx 2 Stroke dan Mini Cross Cub Cross.