Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    PM Haiti letak jawatan

    MEXICO CITY, 26 APRIL – Ariel Henry telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Haiti, membuka jalan kepada kerajaan baharu di negara Caribbean itu, lapor media tempatan kelmarin.

    Jawatan itu akan disandang sementara oleh Menteri Ekonomi dan Kewangan Haiti, Michel Patrick Boisvert.

    Majlis peralihan presiden (CPT) Haiti yang ditubuhkan secara rasmi kelmarin bertanggungjawab untuk memulihkan ketenteraman di negara itu.

    Pelantikan sembilan anggota CPT itu juga diharap dapat memulihkan ketenteraman perlembagaan di Haiti, yang terperangkap dalam krisis politik dan sosial yang serius disebabkan oleh keganasan geng.

    Henry telah berjanji untuk meletakkan jawatan sebaik sahaja CPT dibentuk yang memegang tampuk kepimpinan Haiti sejak 2021 selepas pembunuhan Presiden ketika itu Jovenel Moise, menurut Xinhua.

    Dalam surat bertarikh 24 April dan disiarkan di media sosial hari ini, Henry mengesahkan peletakan jawatannya.

    Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota kerajaan, rakan kerjasama, pentadbiran awam, pasukan keselamatan dan semua pihak yang bersama beliau sepanjang tempoh mandatnya.

    CPT akan mengemudi negara Haiti ke arah pilihan raya baharu pada 2026 dan seterusnya mencapai kestabilan politik. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 27 Jun 2022 menunjukkan Sanchez bergambar selepas temu bual dengan The Associated Press di Istana Moncloa di Madrid, Sepanyol. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...