Tuesday, May 21, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Polis Itali rampas lebih 2,700 kilogram dadah

    ROM, 17 MEI – Dengan bantuan anjing membantu menghidu kokain, polis Itali merampas lebih 2,700 kilogram (kira-kira 3 tan) dadah yang disembunyikan dalam 70 tan kotak pisang yang dihantar dari Ecuador, kata pihak berkuasa semalam.

    Polis menganggarkan bahawa kokain, yang disifatkan mereka sebagai kualiti terbaik, boleh membawa jualan di pasar gelap bernilai lebih daripada 800 juta euro (AS$900 juta) jualan jalanan jika ia sampai ke destinasi terakhirnya di Armenia. – AP

     

    Gambar video menunjukkan seorang pegawai polis membimbing anjingnya mencari kokain dalam muatan pisang di pelabuhan Gioia Tauro, selatan Itali pada 16 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemimpin dunia sampaikan ucapan takziah pemergian Presiden Raisi

    NEW DELHI, 20 MEI - Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah dan menzahirkan kesedihan mereka atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas...