Wednesday, May 8, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Projek CO2 Eropah tempa perjanjian bersejarah

    PARIS, 29 OGOS – Satu projek penyimpanan karbon yang dimiliki oleh tiga firma minyak utama Eropah telah memeterai perjanjian komersial pertamanya dalam apa yang mereka gelar hari ini sebagai ‘pencapaian besar’ dalam penyahkarbonan industri berat.

    Northern Lights – dimiliki oleh TotalEnergies Perancis, Equinor Norway dan Shell milik Inggeris-Belanda – mencapai persetujuan untuk mengangkut dan menyimpan karbon dioksida dari Yara Sluiskil, sebuah loji ammonia dan baja di Belanda.

    Mulai awal tahun 2025, sebanyak 800,000 tan CO2 setahun akan ditangkap, dimampatkan dan dicairkan di Belanda.

    Ia kemudiannya akan dihantar menggunakan dengan kapal ke tapak Northern Lights di Norway untuk ditimbus kira-kira 2,600 meter di bawah dasar laut luar pantai Oygarden.

    “Perjanjian ini, yang pertama seumpamanya di seluruh dunia, merupakan peristiwa bersejarah dalam penyahkarbonan industri berat di Eropah, membuka jalan bagi pengangkutan dan penyimpanan CO2 antarabangsa sebagai perkhidmatan,” kata TotalEnergies dalam satu kenyataan.

    Pengarah urusan Northern Lights, Borre Jacobsen berkata perjanjian itu ‘akan mewujudkan pasaran untuk pengangkutan dan penyimpanan CO2’.

    Kemudahan untuk fasa pertama projek itu dijadualkan mula beroperasi pada 2024, dengan kapasiti untuk mengendalikan 1.5 juta tan CO2 setahun.

    Dalam laporan garis dasar terbaharunya mengenai perubahan iklim, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan dunia perlu menangkap dan menyimpan CO2 dari udara dan lautan tanpa mengira kadar di mana negara berjaya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...