Tuesday, May 7, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Raducanu, Stephens, Murray tersingkir di Terbuka Miami

    MIAMI GARDENS, FLORIDA, 23 MAC – Bekas juara Terbuka AS, Emma Raducanu dan Sloane Stephens tersingkir daripada kejohanan Terbuka Miami semalam, beberapa jam selepas pemain No. 1 dan juara bertahan, Iga Swiatek menarik diri daripada kejohanan itu kerana kecederaan tulang rusuk.

    Bianca Andreescu, juara Terbuka AS 2019, berjaya menewaskan Raducanu 6-3, 3-6, 6-2. Andreescu meningkat rekodnya kepada 2-0 menentang Raducanu, pemenang 2021 di Flushing Meadows.

    “Miami adalah tempat yang istimewa di hati saya,” kata Andreescu. “Saya telah datang ke sini sejak saya berumur 12 tahun, sama ada untuk bercuti atau latihan atau, ya, Orange Bowl. Saya sangat menyukai kejohanan itu. Ya, kembali ke sini, saya rasa ia hanya suasana yang baik secara keseluruhan,” ujarnya.

    Andreescu meneruskan perlawanan untuk menentang pemain ranking ke-10, Maria Sakkari, yang kalah pada pusingan pertama.

    Shelby Rogers menewaskan Stephens 6-4, 3-6, 6-2. Stephens mempunyai enam gelaran gelanggang keras, termasuk Terbuka AS pada 2017 dan Miami pada 2018.

    Rogers akan menentang juara Terbuka Australia dan pemain No. 2 dunia, Aryna Sabalenka, yang menewaskan Rogers pada pusingan kedua di Melbourne Park. Manakala Sabalenka bangkit daripada kekalahan pada perlawanan akhir di Indian Wells, California, minggu lalu.

    Dalam persaingan antara lelaki, Dusan Lajovic menewaskan juara Grand Slam tiga kali, Andy Murray 6-4, 7-5.

    “Saya melakukan servis dengan cukup baik, tetapi baki perlawanan hari ini sedikit bermasalah,” kata Murray. – AP

    Andy Murray membalas pukulan voli Lajovic di kejohanan tenis Terbuka Miami, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...