Wednesday, May 8, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Rakaman video Siti Bainun layan saksi ditayang di mahkamah

    KUALA LUMPUR, 15 APRIL – Mahkamah Seksyen di sini hari ini ditunjukkan beberapa rakaman video yang memaparkan layanan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap penghuninya yang didakwa layanan seperti ‘hamba abdi’.

    Antara rakaman tersebut adalah sambutan hari lahir Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang ketika itu penghuni di rumah tersebut, video Yasmin bercuti bersama Siti Bainun di sebuah hotel dan sambutan Hari Raya.

    Pada prosiding terdahulu, Yasmin, saksi pendakwaan kelima, berkata dia telah dilayan seperti hamba abdi oleh Siti Bainun ketika menetap di rumah perlindungan itu.

    Menjawab pertanyaan peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang merujuk video tersebut, adakah ia dikatakan layanan hamba abdi yang diberikan Siti Bainun dan Yasmin menjawab: Ya.

    Saksi tersebut berkata demikian ketika disoal balas peguam mewakili Siti Bainun yang didakwa mengabaikan dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella berusia 13 tahun. 

    Merujuk kepada rakaman video sewaktu sambutan Hari Raya pada 22 Mei 2021, saksi itu berkata Bella yang paling lama memeluk Siti Bainun.

    Nur A’minahtul Mardiah: Bella peluk pendera dia paling lama dan kuat.

    Yasmin: Ya.

    Nur A’minahtul Mardiah: Jadi Bella tak takutlah kepada penderanya?  

    Yasmin: Ya.

    Pada prosiding hari ini juga, pihak pembelaan menyenaraikan 10 keterangan Yasmin yang dikatakan penipuan semata-mata. – Bernama

    Siti Bainun hadri di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kelmarin, bagi menghadiri perbicaraan pertuduhan melibatkan pengabaian remaja Sindrom Down berusia 13 tahun. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...