Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Joo Ven tampilkan aksi cemerlang

    KUALA LUMPUR, 15 APRIL – Pemain profesional Malaysia, Soong Joo Ven terus menampilkan aksi cemerlang untuk mara ke separuh akhir kejohanan badminton Masters Korea apabila menumpaskan pemain Israel, Misha Zilberman pada pusingan suku akhir, hari ini.

    Joo Ven melangkah ke peringkat empat terbaik acara perseorangan lelaki itu setelah mencatat kemenangan 23-21, 21-18 ke atas lawannya dalam perlawanan yang berlangsung selama 48 minit di Stadium Gwangju Yeonju, Gwangju.

    Pemain Malaysia berusia 26 tahun itu bakal berdepan pemain Jepun, Kodai Naraoka pada pusingan separuh akhir esok.

    Beregu campuran Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie turut melakar kemenangan untuk menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan gandingan dari Singapura, Terry Hee Yong Kai dan Tan Wei Han dengan keputusan straight set.

    Pada pertemuan di pusingan suku akhir hari ini, pasangan negara itu yang juga pilihan keempat kejohanan, menewaskan beregu Singapura itu 21-16, 21-11.

    Menanti Soon Huat dan Shevon pada pusingan separuh akhir esok, adalah pasangan China 
    Ou Xuan Yi dan Huang Ya Qiong. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...