Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Raphinha terus menyengat untuk Barca

    LAS VEGAS, 24 JULAI – Raphinha meneruskan aksi cemerlangnya selepas berjaya mencatat dua gol daripada dua perlawanan ketika Barcelona menundukkan Real Madrid 1-0 kelmarin dalam pertemuan Las Vegas Clasico.

    Raphinha, yang ditandatangani dari pasukan Liga Perdana Inggeris Leeds United awal bulan ini kira-kira AS$60 juta, terus menyinar selepas membuat penampilan pertama dengan membantu pasukannya membelasah Inter Miami 6-0 dengan meledak gol tunggal perlawanan yang berlangsung di Stadium Allegiant, Las Vegas.

    Pemain kelahiran Brazil itu berada di kedudukan yang tepat untuk memintas bola hantaran pemain pertahanan Real Madrid, Eder Militao. Dia kemudian membuat percubaan kaki kiri dan menewaskan penjaga gawang Thibaut Courtois untuk meletakkan Barcelona 1-0 di hadapan pada minit ke-27.

    Perlawanan Clasico edisi keempat yang diadakan di luar Sepanyol itu – yang kedua dianjurkan di Amerika Syarikat – mempamerkan intensiti tinggi.

    Real Madrid, yang memulakan perlawanan persahabatan pra musim pertama mereka, nyaris membuka jaringan pada minit ke-18 namun percubaan Federico Valverde terkena tiang, merampas bola selepas Jordi Alba gagal mengeluarkan bola dengan kemas dan membuat tendangan voli dari jarak 25 kaki dan menewaskan Marc-Andre Ter Stegen namun sekadar terkena tiang.

    Selang dua minit kemudian, Barcelona mempunyai peluang untuk berada di hadapan apabila Eduardo Camavinga kehilangan bola kepada Perdi di hadapan pintu gol Real. Pedri menghantar bola kepada Fati, yang mengumpan penjaga gol Real, Courtois keluar daripada garisannya namun percubaannya tersasar.

    Secara keseluruhan Barcelona – yang kembali bersemangat ekoran penampilan sulung penyerang Poland, Robert Lewandowski, yang berhijrah dari Bayern Munich – yang mengawal perlawanan pada separuh masa pertama menentang juara bertahan Liga Juara-Juara dan La Liga.- AFP

    Reaksi Raphinha meraikan gol semasa pertemuan Las Vegas Clasico menentang Real Madrid, kelmarin.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...