Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    WHO isytihar cacar monyet kecemasan kesihatan global

    GENEVA, 24 JULAI – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global, iaitu tahap amaran tertinggi bagi sesuatu penyakit.

    Ketua pengarah WHO, Tedros Ghebreyesus berkata keputusan itu dibuat meskipun badan penasihat tidak bersetuju dengan penilaian, lapor Agensi Anadolu.

    Dengan sembilan ahli jawatankuasa menentang manakala enam lagi menyokong, Tedros berkata keputusannya adalah sebagai ‘pemecah seri.’

    Beliau berkata lebih 16,000 kes dan lima kematian telah dilaporkan di 75 negara dan wilayah.

    “Menurut penilaian WHO, risiko cacar monyet adalah sederhana di seluruh dunia, kecuali di rantau Eropah, penilaian risiko berada pada tahap tinggi.

    “Wabak telah merebak dengan cepat di seluruh dunia, melalui kaedah penyebaran baharu, dan kami mempunyai maklumat yang terhad mengenai perkara itu.

    “Walaupun saya mengisytiharkan kecemasan kesihatan global, wabak itu setakat ini menjangkiti golongan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, terutama mereka yang mempunyai ramai pasangan seksual,” kata Tedros.

    Beliau menegaskan bahawa wabak itu boleh dihentikan menerusi kaedah dan strategi yang betul membabitkan kumpulan itu.

    “Oleh itu, adalah penting untuk semua negara bekerjasama rapat dengan komuniti berkenaan, untuk menyampaikan maklumat dan perkhidmatan secara berkesan, dan untuk menerima pakai langkah-langkah melindungi kesihatan,” katanya. – Bernama

    Tedros Adhanom Ghebreyesus tiba untuk majlis makan malam selepas bertemu Presiden Emiriah Arab Bersatu di estet Grand Trianon berdekatan Istana Versailles, barat daya Paris baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran kenakan sekatan ke atas AS, UK kerana sokong Israel

    TEHRAN, 2 MEI - Iran mengumumkan sekatan ke atas beberapa individu dan entiti Amerika Syarikat (AS) dan Britain kerana menyokong Israel dalam perangnya menentang...