Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kerajaan sedang kenal pasti tanah di S’wak tempatkan MAWILLA 4

    KOTA KINABALU, 21 OKT – Kerajaan sedang mengenal pasti tanah yang sesuai untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membangunkan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) di Bintulu, Sarawak bagi mengukuhkan keselamatan dan pengoperasian di kawasan Malaysia Timur.

    Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata Bintulu telah dipilih bagi  menempatkan MAWILLA 4 kerana lokasinya yang strategik dari segi kedudukan dan pemusatan operasi maritim di Laut China Selatan.

    “Apabila tanah sudah dikenal pasti kita akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak untuk proses pemilikan tanah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Eksesais Mega TLDM (Ex Kerismas) di sini hari ini.

    Beliau berkata pembangunan MAWILLA 4 telah lama dihasratkan bagi meningkatkan keupayaan dan sokongan operasi TLDM di perairan negara khususnya di Sarawak.

    “TLDM merancang untuk menempatkan kapal dan pesawat bersesuaian di MAWILLA 4 bagi meningkatkan pengawasan dan keselamatan perairan Laut China Selatan, selain mengekang pencerobohan daripada anasir luar,” tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...