Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Rusia, China bidas pengaruh negatif AS di Eropah, Asia

    BEIJING, 4 FEB – Moscow dan Beijing mengkritik apa yang disifatkan oleh mereka sebagai pengaruh negatif Amerika Syarikat (AS) di Eropah dan rantau Asia Pasifik selepas pertemuan hari ini antara Presiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping.

    Putin dan Xi mengadakan pertemuan di Beijing menjelang majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk, ketika kedua-dua buah negara berdepan lebih banyak kritikan dari Washington.

    Sebuah dokumen dipersetujui oleh Rusia dan China serta dikeluarkan oleh Kremlin berkata mereka ‘menolak peluasan lebih besar NATO’ dan menggesa blok pertahanan pimpinan AS untuk meninggalkan langkah ‘Era Perang Dingin’.

    Rundingan antara pemimpin Rusia dan China diadakan ketika Moscow berada dalam pertelingkahan diplomatik dengan AS mengenai Ukraine, meminta NATO untuk mengawal peluasan ke timur.

    Rusia berkata ia mahu NATO memberi jaminan bahawa ia tidak akan menerima ahli baharu, terutama Ukraine, dan Washington tidak akan membangunkan pangkalan tentera yang baharu di negara bekas jajahan Soviet.

    Vladimir Putin dan Xi Jinping mengutuk pengaruh negatif AS di Eropah dan rantau Asia Pasifik semasa pertemuan di Beijing, kelmarin. – AP

    Dalam dokumen, Moscow dan Beijing juga mengkritik ‘kesan negatif terhadap keamanan dan kestabilan’ oleh Washington di rantau Asia Pasifik.

    Ia berkata mereka ‘sangat bimbang’ dengan persekutuan pertahanan AUKUS termasuk Australia, Britain dan AS, merangkumi kerjasama dalam kapal selam nuklear mereka.

    “Rusia dan China percaya tindakan seperti itu bercanggah dengan tugasan bagi memastikan keselamatan dan pembangunan mampan” di rantau Asia Pasifik dan ‘meningkatkan bahaya dalam permulaan perlumbaan senjata’.

    Kerjasama AUKUS diumumkan September lalu yang menyaksikan Canberra membeli kapal selam janaan nuklear menggunakan teknologi AS, mencetuskan kritikan dari Beijing.

    Selain itu, kedua-dua buah negara itu menandatangani perjanjian strategik, termasuk perjanjian tenaga. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...