Tuesday, May 7, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    ‘Saya tidak dapat tidur’

    NA KLANG, THAILAND, 7 OKT – Ahli-ahli keluarga yang bersedih hari ini berkumpul di luar pusat penjagaan kanak-kanak di Thailand, tempat di mana seorang bekas anggota polis membunuh 24 orang kanak-kanak dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai terburuk di negara itu.

    Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dan Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha akan mengunjungi mangsa-mangsa yang terselamat dalam serangan yang meragut sekurang-kurangnya 37 jiwa, termasuk isteri dan anak penyerang itu.

    Di sekeliling bangunan kecil, di mana dua hari lalu kanak-kanak tadika bermain di sana, pegawai-pegawai berpakaian serba putih meletakkan jambangan bunga bagi pihak raja.

    Ibu bapa yang bersedih meletakkan bunga ros putih di laluan pusat penjagaan kanak-kanak itu.

    Dua orang cucu kepada Buarai Tanontong yang berusia tiga tahun antara yang terkorban dalam serangan itu.

    “Saya tidak dapat tidur. Saya tidak dapat mempercayai mangsa merupakan cucu saya,” katanya, sambil mencengkam bahu anaknya yang tidak bermaya. – AFP

    Ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan di pusat penjagaan kanak-kanak mengunjungi pusat penjagaan tersebut.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...