Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Jerayawara MINI Cooper Edisi Brick Lane di OneCity

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta MINI di Negara Brunei Darussalam mengadakan jerayawara MINI Cooper Edisi Brick Lane 5-Pintu selama tiga hari bermula hari ini di Pusat Membeli-belah OneCity.

    Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo berkata, “Kami berasa teruja untuk membawakan pengalaman go-kart MINI khas ke OneCity untuk julung kalinya.

    “Model yang kami bawakan kali ini mempamerkan keluasan dan kreativi-ti sebagai simbol jenama MINI. Jika awda mencari keseronokan dalam pemanduan, inilah model yang sesuai,” tambahnya.

    Semasa pameran itu, MINI menawarkan kadar faedah istimewa, pengecualian bayaran ansuran sehingga tiga bulan dan pelan nilai tukar-beli yang tinggi.

    Setiap pelanggan baharu berpeluang untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi seperti pakej mewarna tingkap, baucar membeli-belah Supa Save bernilai $500, baucar MINI Lifestyle Collection bernilai $300 dan servis MINI percuma atau pakej waranti lanjutan.

    Seorang kanak-kanak bergambar bersama kereta MINI yang dipamerkan semasa jerayawara yang berlangsung selama tiga hari di OneCity. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...