Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pertandingan asah bakat berhujah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Allyne Hee Chee Yien muncul juara bagi Kategori Bahasa Melayu manakala Dayang Zuhrah Fatin Aina binti Mohammad Shukri muncul juara bagi Kategori Bahasa Inggeris dalam Pertandingan Pidato antara Rumah-rumah Bahasa Inggeris dan Melayu yang dianjurkan oleh Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), kelmarin.

    Pertandingan yang dikendalikan oleh Bahagian CCA dan Majlis Perwakilan Pelajar, Maktab Duli berkenaan telah berlangsung di Pusat Perkhidmatan Pembelajaran Pelajar, maktab berkenaan.

    Hadir untuk menyaksikan dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan ialah Guru Kanan Pentadbiran, Dr Haji Sahrunizam bin Haji Kash. Turut hadir ialah kumpulan pentadbiran, tutor serta pelajar-pelajar maktab berkenaan.

    Allyne Hee dari Rumah Indera memenangi tempat pertama dalam pertandingan Kategori Bahasa Melayu yang membawa tajuk Makanan Segera Pemusnah Generasi Kini, manakala tempat kedua disandang oleh Awang Mohd Khairulazmin bin Haji A Ibrahim yang mewakili Rumah Kesuma dengan pidato bertajuk Gaya Hidup Sihat Menjamin Kesejahteraan Keluarga.

    Sementara itu, bagi Kategori Bahasa Inggeris pula, Dayang Zuhrah Fatin Aina yang mewakili Rumah Kesuma muncul juara dengan pidato bertajuk Major Depressive Order in Brunei, dan tempat kedua dimenangi Dayang Nadra binti Firdaus yang mewakili Rumah Setia dengan pidato bertajuk, Major Road Accidents and It’s Impact On Individual’s Health.

    Pertandingan itu bermatlamat untuk mendedahkan para pelajar kepada pengalaman menyampaikan hujah serta ucapan di hadapan khalayak awam.

    Dr Haji Sahrunizam bergambar ramai bersama para pemenang pada majlis yang berlangsung di Pusat Perkhidmatan Pembelajaran Pelajar, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, baru-baru ini. – Gambar serahan Maktab Duli
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...