Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Tarikh akhir bidaan untuk United dilanjutkan

    MANCHESTER, ENGLAND, 23 MAC — Pembida yang cuba membeli Manchester United telah diberi lebih masa untuk mengemukakan tawaran kedua untuk pasukan bola sepak ikonik itu.

    Tarikh akhir untuk pusingan terbaharu bidaan telah ditetapkan pada pukul 9 malam semalam, tetapi pihak bank Amerika, Raine telah bersetuju dengan lanjutan yang tidak ditentukan untuk membolehkan pihak yang berminat memperhalusi cadangan mereka.

    Sumber yang mengetahui proses itu mengesahkan lanjutan itu. Sumber itu memberitahu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana mereka tidak dibenarkan mengulas secara terbuka.

    Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani telah menggariskan hasratnya untuk membuat tawaran kedua untuk United dan jutawan Britain, Jim Ratcliffe juga dijangka membida, walaupun kedua-duanya tidak memenuhi tarikh akhir semalam. Kedua-duanya menyerahkan tawaran indikatif bulan lepas.

    Pengerusi Qatar Islamic Bank, Sheikh Jassim berkata, dia mahu mengembalikan kelab itu ke puncak sukan jika dia berjaya membeli kelab tersebut daripada pemilik semasa, keluarga Glazer.

    Tawaran terbaharunya sudah sedia dan akan dikemukakan kepada Raine, kata satu lagi sumber yang mengetahui proses itu.

    United dijangka menjadi kelab pasukan paling mahal dalam sejarah, dengan harga dianggarkan mencecah sehingga AS$6 bilion.

    Sheikh Jassim dan Ratcliffe adalah satu-satunya pesaing yang mengisytiharkan secara terbuka hasrat mereka untuk membeli kelab juara liga Inggeris 20 kali itu. – AP

    Jim Ratcliffe semasa meninggalkan Old Trafford di Manchester, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...