Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    OPS Kelinga kesan 3 kesalahan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Tiga kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 telah didapati dalam Operasi Kelinga 51/2023 dan 52/2023 yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh dengan menyasarkan dua lokasi di kawasan Kampung Jerudong, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan Jabatan Buruh, pemeriksaan lokasi pertama ke atas kegiatan restoran, telah mendapati dua kesalahan yang dilakukan oleh majikan iaitu Bab 112 (2) kesalahan melanggar syarat-syarat lesen pengambilan pekerja asing, di mana dua orang pekerja yang berjawatan tukang masak dan pelayan, membuat kerja perkhidmatan sewa kerusi dan kem.

    Sementara itu, di lokasi kedua, pemeriksaan ke atas kegiatan kedai runcit telah mendapati satu kesalahan iaitu Bab 112 (2), kesalahan melanggar syarat-syarat lesen pengambilan pekerja asing, iaitu seorang pekerja yang berjawatan buruh kedai, membuat pekerjaan sebagai juruwang.

    Jika sabit kesalahan, majikan yang menggaji boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600 bagi kesalahan pertama dan $900 bagi kesalahan kedua. Bagi kesalahan ketiga ataupun jika gagal membayar denda kompaun tindakan mahkamah akan diambil.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh mengingatkan para majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Para majikan juga dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan tugasnya. – Gambar serahan Jabatan Buruh
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...