Tuesday, May 7, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Taufan Freddy dijangka landa Mozambique kali kedua

    MOMBASA, KENYA, 7 MAC – Negara Afrika Tenggara, Mozambique, masih dalam proses pemulihan akibat taufan Freddy baru-baru ini, namun kini kembali bersedia untuk menghadapi gelombang kedua taufan sama, yang dijangka berlaku pada lewat malam Jumaat, menurut pusat kaji cuaca hari ini.

    Pusat pemantauan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di pulau Lautan Hindi, Reunion, mengingatkan Freddy akan bertambah kuat secara beransur-ansur sehingga menjadi taufan tropika yang intensif di Selat Mozambique sebelum tiba pada malam Jumaat hingga Sabtu.

    Freddy dijangka akan menjadi lebih kuat pada Khamis semasa ia menghampiri pesisir Mozambique, dengan kelajuan angin semasa di laut purata 110 kilometer sejam dan bergerak ke arah timur laut. Ia dijangka akan tiba di wilayah kedua yang paling ramai penduduknya di negara itu, iaitu Zambezia.

    Kemunculan semula taufan Freddy telah membingungkan ahli meteorologi dengan perubahan arah yang berterusan dan memecahkan rekod sebelum ini. Freddy telah meningkat kekuatannya sebanyak empat kali secara berasingan, pertama kali dalam sejarah taufan tropika.

    Freddy melanda timur Madagascar bulan lalu sebelum melintasi selat dan melanda Mozambique, membunuh 21 orang di kedua-dua negara.

    Banjir kilat berpunca daripada Freddy telah memberi kesan terhadap lebih kurang 213,000 orang dan merosakkan lebih 28,000 rumah di ibu negara Mozambique, Maputo dan wilayah berdekatan, menurut Institut Risiko Bencana Nasional Mozambique. – AP

    Gambar pada 22 Februari di mana sebuah rumah rosak akibat taufan Freddy yang melanda Madagascar dan mengorbankan sekurang-kurangnya hampir 30 orang. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...