Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Selatan Filipina digegarkan gempa 6.0 magnitud

    MANILA, 7 MAC – Gempa berukuran 6.0 magnitud menggegarkan selatan Filipina hari ini, menurut kenyataan Jabatan Geologi Amerika Syarikat (AS), namun tiada laporan mengenai korban jiwa dan kerosakan besar.

    Gempa cetek berlaku kira-kira pukul 2 petang, beberapa kilometer dari perbandaran Maragusan di wilayah pergunungan Davao de Oro di pulau Mindanao.

     

    Gempa cetek kebiasaannya lebih menyebabkan banyak kemudaratan berbanding gempa bumi yang lebih dalam, tetapi pihak berkuasa berkata tiada laporan mengenai kerosakan besar.

    Cherrylyn Dapiton dari pejabat bencana Maragusan mengesahkan berlakunya satu kejadian tanah susur berhampiran sebatang jalan, namun ia tidak menjejaskan sesiapa atau menghalang lalu lintas.

    Gambar-gambar yang dimuat naik oleh kerajaan tempatan di laman Facebook menunjukkan pesakit berada di atas katil atau duduk di kerusi roda di luar sebuah hospital selepas mereka dipindahkan dari kemudahan itu.

    Gempa berakhir kira-kira 30 saat dan diikuti oleh gegaran susulan, kata Koperal Stephanie Clemen, anggota polis dari bandar Tagum, kira-kira 40 kilometer dari Maragusan.

    “Kami segera menjalankan tugas dan apabila gempa berhenti kami terus bergerak keluar,” Clemen memberitahu AFP.

    Meskipun gempa itu kelihatan tidak memusnahkan apa-apa, namun ia sudah cukup ‘mencetuskan ketakutan’, kata Clemen.

    Sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook dan disahkan oleh AFP menunjukkan pelajar sekolah tinggi di perbandaran Mawab, kurang 30 kilometer dari Maragusan, menjerit ketika keluar dari bangunan dua tingkat dan berkumpul di luar.

    Phoebe Alberto dan rakannya di pejabat bencana di perbandaran New Bataan, bersebelahan Maragusan, meninggalkan bangunan ketika ia bergoncang.

    “Kami masih menilai kerosakan pada bangunan kami, sekiranya ada,” kata Alberto.

    Gempa turut dirasakan di perbandaran Caraga dan menyebabkan orang ramai berlari ke luar bangunan, kata pegawai pertahanan awam, Jessielyn Capina. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...