Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Perjalanan NSFC untuk kejar JDT masih jauh

    SEREMBAN, 7 MAC – Skuad bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) memerlukan 10 tahun lagi untuk menyaingi pasukan berintensiti tinggi seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), kata Ketua Jurulatih, K. Devan.

    Mengakui kualiti pemain pasukan Harimau Selatan itu jauh berbeza dengan pasukan baharu ditubuhkan dalam tiga tahun ini, beliau menyifatkan kekalahan besar NSFC dengan keputusan 7-0 dalam perlawanan Liga Super malam tadi memberi isyarat jelas bahawa banyak perkara perlu dilakukan bagi menyediakan pasukan yang mantap.

    “Kita tahu JDT merupakan satu pasukan terbaik dalam negara. Kalau dibandingkan kualiti pasukan kita, jauh berbeza dan kita nampak jurang kualiti pemain.

    “NSFC baru ditubuhkan dalam tempoh tiga tahun dan kita dalam proses untuk membentuk pasukan yang kuat, ia memerlukan masa kalau kita mahu setanding dengan mereka, saya fikir pasukan perlu 10 tahun lagi,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam tadi.

    Pada perlawanan malam tadi, JDT juara Liga Super sembilan kali berturut-turut berpesta gol apabila membelasah Skuad Hobin 7-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

    Devan bagaimanapun berkata, pasukan masih mempunyai masa untuk mengutip mata maksimum pada perlawanan Liga Super musim ini dan untuk itu, adalah menjadi tumpuannya untuk memastikan pe-main dapat beraksi dengan lebih cergas dan mempunyai persiapan mantap sebelum beraksi.

    “NSFC perlu beraksi tiga per-lawanan dalam sembilan hari, skuad pula tidak besar seperti JDT untuk membuat pertukaran pemain dan kita tidak menjalani perlawanan pramusim yang baik. Kebanyakan pemain import datang lewat, pemain kuota import tidak mencukupi, dan malam tadi turun dengan bukan pasukan utama,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...