Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    The Citizens sertai kelompok empat terakhir

    MADRID, 14 APRIL – Manchester City menahan gasakan lewat oleh Atletico Madrid kelmarin ketika kebuntuan di Wanda Metropolitano menyaksikan pasukan Pep Guardiola selamat mara ke separuh akhir Liga Juara-juara.

    Sementara itu, gol pertama Kevin De Bruyne pada minggu lalu di Stadium Etihad terbukti cukup untuk pasukan City meraih kemenangan agregat 1-0 di Madrid, walaupun pemain Belgium itu terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan, jika kecederaan tersebut serius, akan menjadi pukulan hebat kepada harapan mereka untuk memenangi kejuaraan itu.
    Kyle Walker juga bergelut pada separuh masa kedua perlawanan itu.

    City kini akan menentang Real Madrid, dengan Liverpool menentang Villarreal pada separuh akhir perlawanan untuk melengkapkan kesemua barisan Sepanyol dan Inggeris dalam kelompok empat terakhir.

    Pertarungan sengit berlaku pada minit-minit akhir apabila Felipe dari Atletico dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran terhadap Phil Foden, yang mana kepala pemain tengah City itu sudah berbalut selepas persaingan Felipe sebelum ini.

    Perkara tersebut mencetuskan pergaduhan besar-besaran di sudut padang, yang hanya menyekat momentum Atletico apabila pasukan tuan rumah akhirnya meletakkan City di bawah tekanan dalam 10 minit terakhir.

    Diego Simeone dikritik kerana taktik negatif Atletico pada perlawanan pertama dan hanya terdapat perubahan kecil, dengan rancangan yang masih dijalankan untuk memastikan perlawanan sengit itu hingga saat-saat akhir.

    Walau bagaimanapun, Atletico tidak berhasil mendapatkan gol yang mereka perlukan dan sebaliknya City mara ke separuh akhir untuk tahun kedua berturut-turut, sambil melihat sekali lagi kejayaan pertama mereka dalam Liga Juara-juara.

    Selepas majlis meriah sebelum perlawanan bermula yang menyaksikan perkataan ‘Pride, Passion, Feeling’ dieja oleh seluruh penyokong, Atletico melakukan permulaan yang menggembirakan, menyukarkan pasukan City beraksi di atas padang. – AFP

    Reaksi pemain Manchester City selepas memenangi perlawanan pusingan kedua suku akhir Liga Juara-juara, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...