Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Eyra Hazali dinasihat siap sedia bersalin pramatang

    Usia kandungan baru mencecah 34 minggu namun pelakon Eyra Hazali dinasihatkan bersiap sedia untuk melahirkan anak keduanya pada bila-bila masa sahaja.

    Terpaksa bersalin awal daripada tarikh sepatutnya, Eyra atau nama Hazirah Qasdina Hazali tetap bersyukur keadaannya semakin baik selepas menerima rawatan disebabkan anak damit dalam kandungan tidak bergerak.

    Menurut pelakon berusia 23 tahun ini, dia juga menerima suntikan kortikosteroid (I/M dexamethasone) atau nama ringkasnya dexa untuk mematangkan paru-paru anaknya.

    “Buat masa sekarang, Alhamdulillah keadaan saya semakin baik. Cuma doktor nasihat kena banyakkan berehat. Sebab mungkin baby boleh lahir bila-bila masa saja dari waktu sekarang.

    “Ikutkan due date saya bersalin lambat lagi, tarikh sepatutnya saya bersalin pada 22 Mei depan. Sekarang ini usia kandungan baru sahaja mencecah 34 minggu.

    “Sebab itu kena cucuk dexa untuk matangkan paru-paru anak. Sebab sebagai langkah sekiranya anak saya keluar awal dan sekarang ini pun saya dah alami contraction sikit,” katanya. Terdahulu, Eyra berkongsi detik cemas apabila anak dalam kandungannya tidak bergerak dan terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan pada Rabu.

    Eyra yang juga isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Haziq Nadzli berkata, dia bagaimanapun sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Rabu. Dalam pada itu, Eyra berkata, doktor memaklumkan bahawa ukuran anaknya besar dua minggu dan terlalu aktif menyebabkan dia terpaksa bersalin awal.

    “Mungkin sebab anak saya besar sangat dan terlalu aktif. Doktor ada maklumkan yang ukuran anak saya besar dua minggu,” ujarnya. Untuk rekod, Eyra mendirikan rumah tangga dengan Haziq pada 1 November 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhd Hayder Qhalish yang kini berusia dua tahun. – Agensi

    Eyra syukur suami dapat menemaninya sepanjang terima rawatan di hospital. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...