Wednesday, May 8, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    The Reds tawan perisai komuniti

    LEICESTER, UNITED KINGDOM, 31 JULAI – Manchester City kelmarin terpaksa akur kepada kehebatan Liverpool menjelang musim baharu Liga Perdana apabila Darwin Nunez memberi impak segera kepada anak buah Jurgen Klopp untuk memenangi kejohanan Perisai Komuniti 3-1.

    Dalam aksi dua orang pemain yang menjadi bualan ramai semasa musim panas, Nunez diturunkan dari bangku simpanan untuk menyempurnakan sepakan penalti dan menjaringkan gol pertamanya sejak perpindahan bernilai AS$77 juta dari Benfica, manakala Erling Haaland terpaksa melupakan penampilan sulungnya bersama City.

    Rembatan kencang Trent Alexander-Arnold memberikan Liverpool kelebihan pada separuh masa pertama di Leicester. Walau bagaimanapun, penye-rang baharu City menghidupkan semula harapan anak buah Pep Guardiola untuk kembali ke dalam permainan selepas rehat ketika Julian Alvarez menyamakan kedudukan pada minit ke-70.

    Tawaran menyambung perjanjian baharu tiga tahun kepada Mohamed Salah adalah satu lagi kelebihan bagi Liverpool pada musim panas ketika pemain Mesir itu menyempurnakan sepakan penalti selepas tandukan Nunez terkena tangan Ruben Dias pada minit ke-83.

    Pemain dari Uruguay itu kemudian mendapat detik kegemilangannya sendiri apabila diberi tanggungjawab bagi mengambil sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan. Kemenangan menyaksikan Liverpool memenangi pembuka tirai musim tradisional buat kali pertama sejak 2006 dan memberikan petanda awal dalam apa yang dijangka menjadi satu lagi pertarungan sengit antara kedua-dua pasukan bagi merebut kejuaraan Liga Perdana.

    Sebagai rekod, City telah menyekat The Reds untuk memenangi Liga Perdana buat kali keempat dalam tempoh lima tahun dengan satu mata dalam perlawanan akhir yang mendebarkan pada musim lalu. – AFP

    Pasukan Liverpool meraikan trofi selepas memenangi perlawanan bola sepak Perisai Komuniti FA Inggeris di Stadium King Power, Leicester kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...