Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sikap tidak peduli, antara punca warga emas nyanyuk 

    KOTA BHARU, 31 JULAI – Sikap kurang ambil peduli terhadap masalah pendengaran pada peringkat awal dalam kalangan warga emas menyebabkan golongan itu berisiko menghidap penyakit nyanyuk (dementia).

    Ketua Pegawai Eksekutif Eartistic Sdn Bhd Dr Nur Shasa ‘Ain Abdul Aziz berkata masalah pendengaran juga menyebabkan golongan itu kurang berkomunikasi, rasa terasing, kecewa, tidak yakin dan sukar bersosial.

    “Gangguan ini berlaku secara beransur-ansur mengikut tahap serta bacaan desibel terhadap frekuensi bunyi dan ia boleh bersifat kekal atau hilang kepekaan pada usia lanjut (presbycusis) akibat proses degenerasi organ pendengaran.

    “Secara umum, menerusi kajian dalam portal kesihatan di Malaysia kira-kira 30 peratus dalam kalangan warga tua berusia antara 65 hingga 75 tahun dan 50 peratus dalam kalangan usia 75 tahun mengalami masalah pendengaran sehingga 2019,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kesedaran dan Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Warga Emas di Pusat Warga Emas (PAWE) Kemumin, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

    Mengulas lanjut, Dr Nur Shasa ‘Ain berkata masalah pendengaran boleh dihadapi oleh setiap lapisan umur yang jika tidak dirawat dengan segera boleh memberi risiko lebih serius.

    “Pesakit yang mengalami gangguan pendengaran mestilah mengambil ubat melalui pemantauan doktor dan tidak mengorek telinga menggunakan putik kapas atau benda-benda tajam yang boleh merosakkan gegendang telinga,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...