Tuesday, April 30, 2024
32.5 C
Brunei

    -

    Tiger Woods bersedia hadapi cabaran di Augusta

    AUGUSTA, AMERIKA SYARIKAT, 5 APRIL – Tiger Woods kelihatan bersedia untuk memulakan cabaran berjalan 72 lubang di Augusta International hanya 14 bulan selepas mengalami kecederaan parah di kaki kanannya dalam kemalangan kereta.

    Itulah yang dikatakan pesaing juara utama 15 kali itu kelmarin ketika Woods bermain pusingan latihan pertamanya sebelum ‘keputusan masa permainan’ tentang sama ada mahu mencuba semula atau tidak di kejohanan Masters.

    “Dia kelihatan bagus ketika berjalan,” kata pemenang Masters 1992, Fred Couples mengenai Woods selepas bermain sembilan lubang dengan Woods pada Isnin.

    “Cara dia melihat, ia sangat mengagumkan.

    “Padang golf tersebut sangat susah untuk berjalan,” tambahnya.

    Tiger Woods dan Fred Couples dari Amerika Syarikat semasa pusingan latihan sebelum Masters di Augusta National Golf Club. – AFP

    Couples berkata bahawa Woods tidak akan memberitahu awda bahawa dia dalam kesakitan tetapi permainannya tidak terjejas jika dia kesakitan.

    “Dia tidak terlepas banyak pukulan, memacunya dengan hebat, lelaki ini, memang melakukan perkara mustahil, kata Couples.

    Cameron Davis, pemain Australia yang bermain lima lubang terakhir dengan Woods dalam pusingan latihan pada Ahad lalu, berkata pemenang Masters lima kali itu masih agak perlahan menaiki beberapa bukit pada lubang ke-17 dan 18.

    “Dia melakukan pukulan dengan baik.

    “Dia melakukan pukulan yang cukup jauh untuk bermain lubang seperti yang awda perlukan untuk memainkannya,” kata Davis.

    “Saya tidak nampak apa-apa sebab mengapa dia tidak dapat membuat pusingan bersama di sini.”

    Woods berkata dia bernasib baik kerana terselamat dalam kemalangan kereta Februari 2021 di Selatan California dan tidak dipotong kaki kanannya.

    Dia bergelut melalui pemulihan untuk memberi dirinya peluang bermain pada minggu ini, berjalan dengan yakin kelmarin ketika penonton menjerit memberi sokongan mereka dalam usaha kemunculan semulanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...