Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    UNN pertingkat Perkhidmatan Cloud Hosting

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Perkhidmatan Cloud Hosting atau dikenali sebagai UNN Infrastructure-as-a-Service yang merupakan perkhidmatan komersial pertama Negara Brunei Darussalam telah dilancarkan oleh UNN untuk memenuhi permintaan pasaran teknologi maklumat (IT) pada Disember 2021 lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UNN, hari ini, portfolio perkhidmatan berkenaan bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada perniagaan di Brunei dengan penyelesaian yang cekap dan selamat bagi menghoskan aplikasi dan data setempat dalam awan tanpa memerlukan pelaburan besar ke arah mengurus infrastruktur pusat data mereka sendiri.

    Sejak pelancaran, UNN terus meningkatkan keupayaan perkhidmatannya.

    Sehingga Mac 2023, keupayaan redundancy geografi kini ditambah pada portfolio perkhidmatan tersebut untuk melindungi data pelanggan daripada kegagalan tapak tunggal. Dengan seni bina ini, data perniagaan pelanggan disimpan di pelbagai lokasi di negara ini.

    Hal ini bertujuan memastikan ketersediaan dan kebolehpercayaan perkhidmatan yang lebih besar.

    Selain itu, UNN juga telah mengembangkan portfolio perkhidmatan berkenaan dengan menambahkan Windows Server 2019, Windows Server 2022 dan Red Hat Enterprise Linux OS kepada pelbagai sistem operasi sedia ada yang sudahpun termasuk Open Source seperti CentOS, Ubuntu Linux dan sistem operasi Debian.

    Dengan perkhidmatan berkenaan, para peniaga boleh menumpu pada kecekapan teras mereka dan menyerahkan semua butiran teknikal hos awan kepada UNN.

    Oleh itu, bagi perniagaan atau organisasi yang berminat menggunakan perkhidmatan berkenaan boleh menghubungi Pasukan Jualan UNN atau melayari laman web mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tindakan China undang bahaya terhadap helikopter tentera laut Australia

    MELBOURNE, 6 MEI - Australia telah mengemukakan bantahan kepada Beijing bahawa sebuah jet pejuang China telah membahayakan sebuah helikopter tentera laut Australia dengan suar...