Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Verstappen tawan latihan pembukaan Grand Prix Austria

    SPIELBERG BEI KNITTELFELD, AUSTRIA, 8 JULAI – Max Verstappen menguasai latihan pertama untuk Grand Prix Austria hari ini bagi mengekalkan statusnya sebagai pemandu yang perlu ditewaskan hujung minggu ini di litar milik pasukan Red Bull.

    Juara dunia itu mencatatkan rekod yang mengagumkan di trek kawasan luar bandar Styrian dan dia pernah memenangi empat daripada enam perlumbaan yang lalu di situ.

    Selepas sesi latihan berakhir, pemandu Belanda tersebut berjaya mendahului catatan masa dengan 0.255s daripada pemandu Ferrari, Charles Leclerc.

    Sementara itu, George Russell dari Mercedes berada di tempat kedua dan di tempat ketiga diikuti oleh Sergio Perez dari Red Bull manakala Lewis Hamilton hanya melengkapkan tempat kelima teratas.

    Pasukan pemandu Formula Satu terpaksa menghadapi sesi latihan yang sukar bagi mengumpul data sebanyak mungkin pada separuh masa disebabkan tempoh pementasan singkat yang diadakan esok bagi perlumbaan pecut kedua pada musim ini. Pusingan kelayakan seterusnya akan menyediakan litar bagi pecutan 100km, dengan susunan penamat pecut seterusnya bakal menyertai perlumbaan bagi pusingan ke-11 pada Ahad ini dalam kalendar 22 perlumbaan.

    Verstappen, yang mendahului kejuaraan dunia dengan 34 mata, akan meletakkan sasarannya untuk mengulangi kejayaannya di Grand Prix Emilia Romagna apabila dia menguasai saing-an pecut, perlumbaan dan pusingan terpantas bagi kesemua 34 mata yang ditawarkan di Monza.

    Bagi McLaren, ia bukanlah sesi yang terbaik, dengan Lando Norris terpaksa memanjat keluar dari keretanya disebabkan oleh asap yang keluar dari bawah tempat duduknya sekali gus mencetuskan bendera merah pertama selepas 20 minit latihan dimulakan. – AFP

    Aksi Max Verstappen semasa sesi latihan pertama di litar perlumbaan Red Bull Ring di Spielberg, Austria kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...